Disini inginku rakamkan segala ucapan terima kasih dan penghargaanku kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan jenazah adikku Ayang, semalam. Allahyarham selamat dikebumikan di tempat tumpah darahnya di Sabak Bernam sebelum isya' 26 August 2008.
Terima kasih buat semua ahli keluarga dan saudara mara yang telah datang menziarah keluarga kami. Terima kasih kepada Mahmud kerana walaupun kau kehilangan satu-satunya adik kita, tetapi masih dapat menyempurnakan segala urusan dengan baik. Mesti ada hikmah daripada apa yang terjadi, mungkin ini masanya kau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang. Tabahkan hati di hari-hari yang mendatang, insyaAllah semua urusan akan selesai dengan baik.
Terima kasih kepada kawan-kawan Ayang (dari Perodua mahupun dari kalangan rakan sekolah dan kenalannya) yang sanggup menunggu berjam-jam di Hospital Selayang. Terutama sekali kepada rakan baiknya Epul, yang sejak dari zaman persekolahan, dapat menggembirakan hatinya dan yang sanggup bersama semasa berduka juga. Dari kecil rakan-rakanlah tempat dia mengadu nasib, sampai ke akhir hayatnya, rakan-rakan jugalah yang bersama. Terima kasih yang amat sangat diucapkan kepada rakan-rakannya yang bersamanya hingga ke akhir hayat beliau.
Terima kasih kepada jiran-jiran daripada Tasik Puteri (Ema, Zali, K.Eda, Abg. Mus, Ina, Man dan yang lain-lain) dan juga jiran-jiran dari Taman Sri Rawang yang dapat meluangkan masa hingga ke tanah perkuburan. Tak dapat kubayangkan bahawa kalian sanggup berbuat demikian untuk kami sekeluarga.
Terima kasih kepada Kak Yah dan Kak Zila dan kerabat Petronas di Khartoum kerana menyempurnakan tahlil untuk adik saya. Walaupun kalian tidak mengenali kami, tapi telah menolong dengan ikhlas.
Terima kasih kepada Ewin dan keluarga, janganlah terlalu bersedih, sesungguhnya mungkin ada jodoh yang lebih baik untuk Ewin kelak. Terimalah dengan redha dugaan Allah ini.
Terima kasih kepada Abg. Sham dan Kak Normah, Kak Arah dan Along Zali kerana menyempurnakan segalanya. Terima kasih kerana menganggap kami sebahagian daripada keluarga kalian.
Kepada semua, tak dapatlah kami balas jasa kalian sehingga ke akhir hayat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian, insyaAllah. Walaupun kami jauh diperantauan, dan hanya dapat berdoa dari sini, sesungguhnya terharu bahawa segala urusan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih sekali lagi.
Aku berdoa agar roh adikku, Ayang dicucuri rahmat dari Illahi, dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah. Al-fatihah...

6 comments:
salam perkenalan..
takziah buat anda sekeluarga, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah.
Dear misah,
Terima kasih daripada kami sekeluarga. Kami redha kerana kami tahu Allah lebih menyayanginya... Al-fatihah...
Salam,
I learnt about what happened on the fateful day itself from mak. Yesterday, I called up Adik and found out more including your blog. Our words of sympathy to you, Takziah from me, Kak pah and our whole family.Indeed, we are very shocked, sad and feel the lost too. Our quite frequent meeting with Ayang at your mother-in-law's place actually makes us feel that he's part of our family. We have seen him growing up and we see his beautiful character.The memory of my wedding reception in Kuala Pilah suddenly popped in my mind when I got the news. I remember him attending it together with you and the rest of our family, including my beloved late, Mak Ndak.Yes, I believe that Allah always take the best people first because He loves them more. May Allah bless his soul and place him in Jannah. To you kak Ina especially, we know you accepted it with an open heart. Takziah again and do be strong...mie
Dear Mie,
Terima kasih mie, hanya Allah yang akan membalas segala doa dan sedekah kepada Allahyarham Ayang. I'm still in grief but the kids won't let me cry. I've lost my mother, father and now my beloved brother who is more like a son to me... Besarnya dugaan Allah kali ini... Hanya doa yang dapat kak Ina kirimkan kepadanya. Nothing more and nothing less... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Al-fatihah...
Salam...
I understand how hard it is for you. you have been so strong all this while and indeed Allah wants to make you stronger. At least, you have been a very good and responsible sister and daughter. No many can do wonderful things and sacrifices that you have done...
Like birds, leave behind what we don't need to carry...grievances, grudges, sadness, pain, ....regret..fly light because life has to go on...
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan. Moga diri mu di beri kekuatan dan lebih keberkatan dibulan yang mulia dan moga rohnya dan kedua ayah bonda dirahmati Allah sentiasa
Assalamualaikum Kak Ina;
It gives us a big shock when we heard what happened on the fateful day.
Be strong....you have been chosen to face this dugaan becoz Allah know you are strong. May Ayang termasuk dalam golongan mereka yang soleh dan place in Jannah.
terbayang-bayang senyuman dia.. tak banyak cakap kalau bertembung just a smile from him most of the time.
Warm condolence from Man, Ina and our kids to kak ina and family.
Post a Comment